KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri Yang Amat Berbahagia, Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menyaksikan majlis istiadat pengurniaan darjah-darjah kebesaran negeri Sarawak yang bertempat di Dewan Lapau tengahari ini tadi.
Mendahului senarai penerima pingat sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak adalah Tan Sri Dato Sri Abang Haji Ahmad Urai yang menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran "Datuk Amar", diikuti dengan penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran Dato Sri. Mengetuai senarai penerima P.N.B.S. yang membawa gelaran Dato Sri adalah YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri dan beberapa lagi penerima lain termasuklah YB Datuk Lee Kim Shin, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah serta seterusnya adalah penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (P.G.B.K.) yang membawa gelaran "Datuk" adalah YB Abdullah bin Haji Saidol.
Antara penerima lain yang turut menerima darjah kebesaran adalah Cik Pandelela Rinong anak Pamg yang menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B S.) yang membawa gelaran Dato.
Seramai 38 individu menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak pada majlis Istiadat Pengurniaan sempena Hari Lahir yang Ke-85 Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Sabtu.
Sumber dari : Sarawakku